Friday, April 17, 2009

MakaN???!!! Bersih??? MuraH???..

Kat Malaysia ni, dah berlambak kedai makan, stall makanan dan restoren2 yang menyediakan makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan. Tetapi, kita sebagai pengguna tidak boleh menilai sesebuah kedai makan tersebut dari segi kesedapan makanan yang dijual, di samping harga yang berpatutan, kita juga seharusnya perlu memerhatikan (observe) di sekeliling kawasan kedai makan tersebut dan juga tahap kebersihannya. Dari segi attitude kita, org Malaysia, memang masih tidak memandang berat berkenaan isu kebersihan. Ada dikalangan kita ni, hanya main redah je kedai makan tersebut tanpa mengambil kira tahap kebersihan nya.

Saya ni, bukan la jenis berduit, memandangkan matawang dalam poket hanya cukup sekadar menghilangkan lapar, so saya lebih suka pergi ke kedai makan yang tidak la perlu gah nama nya di seantero dunia, tapi cukup la dapat menghilangkan rasa lapar ni..haha..sound like horrow betul..
Memang saya akui, saya juga antara orang dalam kelompok yang tidak memilih makan,, tapi bab kebersihan memang saya ambik kira juga. Saya tidak pernah kisah kalau sekadar makan di stall2 atau pun kedai yang biasa2 je, tapi yang paling penting mesti la bersih.
Kehidupan saya sebagai seorang pelajar, (yes terdedah akhir nya, haha) yang selalu ke sana ke sini mendedahkan dan memperkenalkan saya kepada gaya hidup yang selalu makan di luar. Kalau diikutkan makan di rumah lagi best, bersih terjamin, save budget satu hal lagi, pas makan dapat baring2 dulu..haha...oppss satu amalan yang tidak digalakkan..

Di Kuching, mungkin ramai rakan2 dari semenanjung yang kata susah nk cari kedai makan kat sini especially time siang. Yes, memang saya akui benda tu, maybe maksud diaorang kedai makan muslim aka halal..tapi kalau takat kedai makan berlambak kat kuching ni yang halal, tapi nak cari yang best tu la susah...kontek best di sini maksud nya makanan yang sedap, air boleh ditelan, berpatutan and bersih.. sebab saya pun mengalami kesulitan yang sama ketika menemani rakan yang datang ke sini.

Kalau malam, sy suka pergi ke kedai makan stall berdekatan dengan Ariff Hotel. Salah satu stall favourite saya, klo x silap, zwanni stall. Memang sedap2 makanan yang diorang buat. Antara banyak2 stall kat sini, stall ni la yang paling bersih rasa nya..di samping harga yang masih mampu ditanggung oleh studet seperti saya.
Kalau dinilai, stall2 kat sini sememangnya boleh maju, tapi pengusaha2 makanan di sana perlu la mengambil inisiatif dalam meningkatkan tahap kebersihan kawasan dan tempat stall mereka berniaga. Saya rasa, lagi bersih and menarek keadaan di kwsn ariff benteng tu, makin ramai pengunjung setia nya..

Manakala untuk having lunch, saya rasa salah satu kedai makan yang BEST di Kuching ni, adalah ADM Cafe, di Satok. Cafe ni berdekatan dgn Kaya Toast Satok. Kedai ni memang bersih. View pun ok. Di sekeliling dinding cafe ni penuh dengan gambar2 sejarah Kuching dulu2. Rasa nya pemilik cafe ni memang minat sejarah kot..hehe..


Cafe ni selalu beroperasi sampai 4 petang je rasa nya. Tapi yang best nya, lunch kat sini. Sebabnya banyak jenis lauk2 n sayur (ulam-ulaman pun ada) leh kita dapat. Memang banyak choice la. So, tak menyesal la lunch kat sini. kalau nak lunch kat cafe ni memang kena awal la, sebab time peak hour, around 11.30-1200tghari ,memang kedai ni salu dah penuh dah. And one more thing yang memang penting sangat, harga makan kat sini pun berpatutan. Dulu, memang takut nak masuk kedai ni, sebab takut mahal, macam kedai2 yang berdekatan, tapi dah cuba sekali aritu, terus jadi permanent place untuk lunch. tapi sometime tak leh jugak nk lunch sini, sebab lewat sangat. Kalau datang pukul 2 mesti tengok workers kedai ni dah sibuk mop lantai ..haha..maksud nya nk tutup la tu. Tu la pelik, kenapa kedai ni x beroperasi sampai malam..haiyooo.... u punya ayam goreng sedap la.. serius sedap..dah la rangup..adoya..makanan ni la x elok dimakan...=p
Setakat ni ADM cafe la yang saya dapat suggest kan kepada member2 yang best jadi port lunch..hehe..



pstt: segala isu2 dalam blog ni hanya la sekadar pendapat, dan info yang leh dikongsi bersama untuk kebaikan semua. So nak pergi kedai makan mana lagi lepas ni??

1 comment:

  1. Takde candid picture ke? boleh tengok macam mana rupa makanan dan kedai...huhu

    ReplyDelete